Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan computer dalam era maklumat.
Penggunaan TM + x bertanggungjawab =
isu etika/natijah
Masalah Moral dan Etika
1. Penggertak (Cracker)
Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan. Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.
2. Penyalahgunaan Internet
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
3. Virus
Penyebaran virus dapat merusakkan system, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.
4. Hakcipta
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undangundang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
5. Perisian cetak rompak
Prinsip Etika Komputer
1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.
10 Rukun Etika Komputer
Sepuluh perintah tersebut adalah panduan kepada pengguna dan profesional komputer oleh Computer Ethics Institute seperti:
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari computer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
Isu Etika Komputer dan Orang Awam
Pembabitan orang awam dalam isu-isu etika computer lazimnya timbul apabila individu bertindak sebagai pengguna akhir.
Persoalannya mengapakah orang awam sukar memahami isu-isu etika komputer ini?
- Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran
- Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding mereka yang memang dalam bidang pengkomputeran
- Kurang arif mengenai undang-undang siber
- Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu-isu berkaitan etika komputer.
- Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.
July 10th, 2008 at 12:24 am
Semoga bisa berguna posting ku ini
July 10th, 2008 at 1:08 am
aih Ya,
jujur.. bahasa lu tinggi bgt!!
gw kurang ngerti sama apa yg di omongin
tapi ngerti jg seh,,
wlopun sdikit,, =__=a
yak, sdikit masukan lah bwt gw..
wlpun bhasanya tinggi bgt.. aiih..
ganbatte bro!
ntr kalo ada postingan baru,
kasi tw lagi yah.. T_Tv
July 10th, 2008 at 1:18 am
@kuroi…
pasti gw kasih tauin lu lagi kalo ada yang baru
July 10th, 2008 at 3:35 am
wah gila bahasanya.. berat banget.. calon kondektur eh redaktur hehehehehak cipta hanya milik allah.. manusia cuma bisa terima dan lakukan dengan hati nurani..
July 10th, 2008 at 3:39 am
jangan lupa yah http://abcarea.com banyaak tutorial disana.. hacking juga ada..
July 10th, 2008 at 4:10 am
@Erianda….
tenang aja pasti gw buka
July 10th, 2008 at 4:18 am
Hohoho..
Temukan pendalaman materi di semester 4
di matakuliah Etika Profesi dan Ethical Hacking…
Enjoy..
Regards…